English | Malay | Chinese

KEMPEN TANDATANGAN SOKONGAN KEPADA CADANGAN
AKTA ORANG KURANG UPAYA

Sebagai ahli masyarakat, kami amat bimbang tentang golongan OKU dan juga keluarga mereka akan terus menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran dalam kehidupan harian. Antara masalah tersebut adalah yang berkaitan dengan kemiskinan, masalah mendapatkan pendidikan yang sesuai, masalah menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang tidak mesra OKU, masalah persekitaran fizikal yang tidak mesra OKU dan juga halangan sosial dan ekonomi apabila golongan ini memohon pekerjaan . Golongan ini akan terus didiskriminasi dan dihalang daripada menyertai secara menyeluruh dalam masyarakat lantaran tiada peruntukan undang-undang bagi melindungi hak dan kepentingan mereka.

Maka, kami, yang menandatangani seperti berikut, menuntut supaya :

  • Akta Orang Kurang Upaya diluluskan pada tahun 2003;
    (Untuk maklumat yang lebih lanjut, layari laman http://www.dsapenang.org/Disability%20act%20first%20page.htm)
  • Tindakan-tindakan yang aktif hendaklah dilaksanakan bagi memastikan pengambilan bahagian secara keseluruhan dan kesamarataan bagi Orang Kurang Upaya.

    Oleh itu kami menyokong hak golongan OKU dan keluarga mereka untuk hidup secara bermakna dan menyeluruh dalam masyarakat tanpa sebarang prajudis dan diskriminasi.

    Nama:
    No K.P./Passport:



    Nota: Sesalinan surat ini akan dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Ahli-Ahli Parlimen.

    Total Supporter : 5322